Saturday, December 13, 2008

Ceria....




HINDARILAH RASA KEBOSANAN


Suatu perkara yang pasti akan merubah sikap dan pendirian seseorang pelajar ataupun seorang pekerja ialah dengan berpura-pura. Bukan berpura-pura sakit tetapi berlakon seolah-olah mereka berada di dalam keadaan tenang, ceria dan gembira dengan kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka. Dengan berlatar belakangkan suasana bersifat kepekaan, keseriusan dan kemuraman sewaktu belajar atau bekerja lantas ianya akan merubah suasana keadaan ditempat tersebut menjadi lebih elok, ceria dan baik serta ianya akan tetap menarik dan menjadi lebih efektif.

Kita boleh bersiul dengan senyap,menari dan menyanyi-nyanyikecil, membuat senaman-senaman ringan jika tahu dan bermacam-macam lagi. Dengan melakukan cara-cara seperti itu, ianya ternyata mampu memberikan sepenuh penumpuan, konsentrasi serta dapat menjana hati nurani dan membina semangat jati diri yang tinggi dan terpuji.

Senantiasalah membiasakan diri kita agar selalu mewujudkan suasana keceriaan disekeliling kita. Jika kita terus-terusan berada di dalam keadaan emosi seperti ini,ianya mungkin akan menjadi ikutan kepada orang yang berada disekeliling kita. Cubalah anda praktikkannya semoga berjaya.

Monday, December 8, 2008

KERINDUAN

SAJAK: KERINDUAN




Sungai yang airnya mengalir deras
Ku lihat lirikan senyuman di wajahmu
Ayu wajahmu
Seindah fajar menyinsing di pagi hari
Tidak kukira kasihku padamu
Jika dihitung berapakah bilangannya tidak akan terkira
Ianya seperti
Batu kerikil di tepian jeram

Kasihku
Tatkala kau berada jauh dari pandangan mataku
Namun kau selalu di hati
Gambar wajahmu senantiasa menjadi penawar dikala sunyi
Percayalah,kasihku tidak pernah luntur
Walau untuk sesaat pun
Satu pintaku
Jujur,percaya dan setialah padaku
Moga cinta kita diberkati tuhan.

Sunday, October 26, 2008

ERTI SEORANG KAWAN

ERTI SEORANG KAWAN

Kawan bermaksud teman.Bermacam jenis kawan boleh di cari. Di antaranya kawan sejati,yang boleh di bawa berbincang,berbicara tentang hati budi diri kita serta dapat membantu di dalam kesulitan contohnya,kesempitan wang. Sebagai seorang kawan ianya tidak harus menunjukkan sifat-sifat negetif dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang baik kepada kawan kita,dan melarang teman kita daripada melakukan benda-benda yang tidak baik serta sentiasa menghulurkan bantuan apabila apabila diperlukan.
Tetapi kepada para pelajar sekolah,lelaki atau perempuan.mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan,untuk bercinta. Mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan untuk bercinta ianya boleh untuk tujuan pembelajaran,seperti untuk mengulang kaji pelajaran(belajar secara berkumpulan).

Sebagai seorang pelajar,masanya akan tiba untuk bercinta. Tetapi sebelum itu mereka haruslah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu,agar mendapat keputusan yang cemerlang dan kelak dapat membanggakan kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang kawan,kita seharusnya memberikan pertolongan seadanya mampu. Ingatlah jangan sesekali kita menghampakan kawan yang memerlukan pertolongan kita .
Seandainya tidak berkemampuan untuk menolong, beritahulah secara jujur serta sebab dan alasan yang munasabah mengapa anda tidak dapat membantu berhubung masalahnya. Dengan itu ianya akan mengerti dan faham dengan penjelasan itu sekaligus dapat membalas kepercayaan dan menganggap ianya tidak silap memilih kita sebagai teman atau kawan baiknya. Ibarat tajuk lagu “Teman Tapi Mesra”. Ianya sekaligus menjadikan kita sebagai sahabat sejatinya.

Ketahuilah kita hidup di dunia ini,mudah untuk kita mencari kawan ketawa, tetapi semasa kita dalam kesusahan,cukup susah untuk mencari kawan menangis. Janganlah kita jadi seperti itu. Dan ingatlah tanpa kawan, hidup ini tidak akan bermakna apa-apa kepada seorang manusia.

Monday, October 13, 2008

Lagu Untuk Ayah dan Ibu


Sebuah lagu daripada the Cyber Jammers, Ayah dan Bonda, mengingatkan kita tentang jasa Ayah dan Bonda.....


Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Chorus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

Wednesday, August 20, 2008

Pantun

PANTUN

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Buah pisang di bawa belayar,
Masak setandan di atas peti,
Hutang orang boleh dibayar,
Di bayar dengan duit sendiri.

Sungguh sedap buah ceri,
Dijamu bersama dengan keluarga,
Bantuan diterima jangan dilupai,
Barulah hidup aman sentosa.

Hati kepingin buah nangka,
Dibeli dari tepian jalan,
Berbilang kaum hidup bersama,
Amalan mulia jadikanlah amalan.

DETIK KEINSAFAN

PUISI

DETIK KEINSAFAN

Di setiap detik
Terdetik di benak hati
Menginsafi diri ini
Sesekali terasa hampir dikecewakan
Terduga dengan cabaran yang mendatang
Syukurlah senyuman masih lagi menguntum
Di bibir yang kian usang

Di masa saat dan ketika
Sedang mengira usia sengketa
Sesekali hampir dusta
Bersyukurlah pada lirik matamu terpancar
Cahaya hati nurani yangberseri
Di kelopak sanubari insani

Hari keinsafan sentiasa menjelang tiba
Mentafsirkan jiwa ini
Dari rasa hati
Sehingga ke dasar jiwa dan raga
Betapa agung
Hanyalah-Allah S.W.T


Sunday, July 20, 2008

MAAFKAN DAKU



SAJAK

MAAFKAN DAKU

Bondaku

Kumohon ampun dan maaf darimu
Aku bukanlah anak soleh seperti yang kau idamkan
Segala kata-kata dan nasihatmu kuengkari
Semuanya tidak masuk ke dalam otak dan mindaku

Bondaku
Kini aku mulai mengerti segala nasihat dan kata-katamu
Supaya aku belajar dengan rajin
Segala nasihatmu kepadaku masih tersimpan di hati dan mindaku
Aku berazam dan yakin suatu masa nanti aku akan berjaya
Serta dapat menjadi tempat untuk bergantung kepada mereka suatu
hari nanti
Percayalah

Akan tetapi mampukah aku…
Ya Allah aku berdoa kepadamu
Jadikanlah aku anak yang soleh seperti bondaku harap-harapkan
Alhamdulillah sekarang aku mampu menjadi seperti yang bondaku
harapkan

Namun segala pengorbananmu terhadapku…
tidak dapat kubalas
sampai bila-bila
Aku bangga melihatmu
Aku bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
Berkat doa bonda dan ayahku

Kini aku dapat melanjutkan pelajaranku hingga ke menara gading
Terima kasihku kuucapkan kepada mereka
Bonda serta ayahkanda
kaulah perwira hatiku.

Wednesday, June 4, 2008

NEGARAKU MALAYSIA


Negaraku Malaysia.

Aku hidup dan tinggal di Malaysia
Yang aman damai,dan makmur sejahtera.
Rakyatnya berbilang kaum ,bangsa dan agama.
Malaysia sebuah negara merdeka yang pesat membangun.

Terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan yang terdahulu.
Tanpa mereka,Malaysia mungkin akan dijajah hingga ke hari ini.
Mereka datang ke mari untuk segala mengaut hasil bumi Tanah Melayu padaketika itu.
Ibarat seekor lintah yang melekap di badan mangsanya dan menghisap darah hingga kekenyangan.

Malaysia tercinta ini beruntung kerana tidak berlakunya pergolakan seperti di
negara Palestin,Iraq,monggolia dan beberapa negara lain di dunia ini akibat
peperangan dan kebuluran yag melampau.

Walaupun pada suatu ketika dahulu Malaysia telah di labelkan sebagai negara
dunia ke- 3 tetapi kini tanggapan itu tidak boleh di guna pakai lagi.

Ini kerana Malaysia telah membuktikan,yang ia juga boleh mengecapi kejayaan
sepertimana negara-negara maju yang lain seperti,merekacipta kereta buatan
sendiri serta membina bangunan yang di antaranya tertinggi di dunia dan
sebagainya.

Sesungguhnya Malaysia menunjukkan kebolehan dan kejayaannya di mata
dunia. Serta dapat menunjukkan bahawasanya Melaysia sebuah negara islam
yang kecil,dapat mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat.

Ramai warga asing dari negara jiran dan dari segenap pelosok dunia,berpusupusu
datang ke negara ini untuk melabur.melancong dan bekerja di perbagai
sector yang di sediakan.

Ini membuktikan Malaysia adalah sebuah negara yang makmur dan harmoni.
Semoga Malaysia terus aman makmur dan terus mengecap kejayaan.

Tuesday, April 8, 2008

DUHAI ANAK


DUHAI ANAK

Anak adalah anugerah tuhan yang sangat berharga kepada manusia.Ianya sangat ketara kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga.

Kepada pasangan yang baru berkahwin sangat menginginkan cahaya mata.Tanpa anak kebahagiaan rumah tangga yang dibina tidak akan berseri dan ceria.Ini kerana,anak adalah penyeri kepada sesebuah bahtera rumah tangga yang telah dibina.Justeru itu setiap pasangan haruslah memperbanyakkan berdoa disamping berusaha,sabar dan yakin dalam menempuh dugaan dan cabaran ini.Pasti suatu ketika tuhan,pasti akan menunaikan dan menganugerahkan anak kepada mereka yang sabar,berusaha dan yakin bahawa suatu hari nanti ia akan memperolehi cahaya mata.

Apabila sesebuah pasangan itu telah dikurniakan anak mereka haruslah bersyukur dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang lebih kepada anak mereka. Seperti memberikan pelajaran yang baik,seperti berbentuk akademik dan tidak ketinggalan juga pengetahuan agama yang baik agar mereka tidak terpesong dari batas-batas agama dan dapat menjadi insan yang baik berakhlak mulia serta berguna kepada negara,bangsa dan agama serta disenangi perbagai golongan masyarakat apabila dewasa kelak.

Bagi seorang anak haruslah bersyukur kerana telah dilahirkan ke dunia yang fana ini.Serta dapat mengejar cita-cita dan dapat mengecapi kejayaan yang diimpikan selama ini.Oleh yang demikian setiap anak seharusnya mendengar serta mentaati kedua ibu bapa, agar hidup bahagia dan memperolehi ganjaran yang besar dan kelak ianya akan di masukkan ke dalam syurga.

Dan jangan sesekali anak itu menderhakai mereka kerana ianya adalah satu dosa besar dan sesiapa melakukannya,kelak ianya akan di masukkan ke dalam api neraka jahanam,dan itu adalah tempat yang sebaiknya bagi sesiapa yang melakukannya.

Jesteru apabila tiba masanya nanti untuk kita membalas jasa kedua ibu bapa kita,jaga dan peliharalah mereka dengan sebaik mungkin,sepertimana mereka menjaga kita. Serta berilah kasih sayang yang lebih kepada mereka seperti mereka berikan kepada kita suatu ketika dahulu,iaitu seperti menatang minyak yang penuh.Dan ingatlah tannpa mereka siapalah kita.Pepatah Melayu ada menyebut “Ibu bapa boleh menyara dan membela 10 orang anak,tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa”.


Janganlah kita tergolong di dalam kumpulan seperti itu. Ingatlah syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.