Saturday, September 4, 2010

Selamat Menyambut Aidilfitri

Nampaknya Syawal semakin menjelang tiba ...... jom layan lagu-lagu raya ...



Rahmat di Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadan yang mulia,
Genaplah sebulan kita berpuasa,
Mengerjakan ibadah mengharapkan rahmat,
dan keredhaan yang Maha Kuasa,

Kedatangan syawal disambut gembira,
Namun Ramadan tetap dirindukan,
Takbir bergema pembuka bicara,
Di pagi Aidilfitri yang mulia,

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Aidilfitri

Silalah makan ketupat dan lemang,
Burasak dan lepat boleh dicecah rendang,
Dihari mulia ku bersyukur kepadaNya,
Berjumpa kawan dan sanak saudara,

Solo

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Pagi Aidilfitri

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Pagi Aidilfitri







Kenangan Aidilfitri Terindah

Di Pagi Raya Ini Ku Bersyukur Kepada Yang Esa,
Dengan Limpah dan Rahmat serta Rezeki untuk dinikmati,

Tiada ku lupa menziarahi pusara ibuku,
Memohon keampunan dari yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
...
Walau pun hati ini gembira namun pilu masih terasa,
Berhari raya tanpa bonda,

Solo......

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Di keheningan pagi raya,
Ku bersimpuh dipusara bonda,
Memohon doa dan keampunan dariNya,
Mengharap keredhaan Yang Maha Kuasa,

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Sunday, November 29, 2009

Membina Inspirasi - Dapatkan sekarang ....

Membina Inspirasi merupakan sebuah buku yang telah ditulis oleh Hisham bin Jabar ... ianya sebuah buku yang mengupas serta membincangkan topik-topik yang boleh membantu para pembaca mengembangkan daya inspirasi didalam diri serta mencari sumber-sumber inspirasi yang didalam mengharungi kehidupan ini.

Buku ini juga menampilkan saudara Alif Mohd Jaini sebagai penulis tamu yang menyumbangkan artikel-artikel pendek, nukilan-nukilan sajak dan pantun yang sesuai dibaca oleh setiap golongan pembaca....





Jika berminat, anda boleh terus menghubungi pihak kami dialamat email hishamjabar@gmail.com dan kami boleh membuat kiriman pos secara terus ke rumah anda... TEMPAHAN BUKU BOLEH DIBUAT SEKARANG kepada email hishamjabar@gmail.com cara-cara penghantaran dan pembayaran akan diberitahu melalui email saudara.... Saudara-saudara boleh juga terus mendepositkan bayaran ke akaun bank CIMB berikut;

KARIB TUAH SDN BHD
no Acc: 06050016352055

Selapas mendepositkan, sila scan slip deposit dan email ke alamat email berikut, kami akan menghantar buku tersebut melalui Pos Express...

Harga Buku: RM20
Caj Pos Express : RM5.00 (termasuk sampul surat).

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila email kami untuk mendapatkan jawapan.

Friday, June 12, 2009

Selamat Menyambut Hari Bapa - Happy Father's Day

Nasihat Ayahku




Nasihat Dari Ayahku

Rangkap Ayah
Genggam erat tanganku,
Dengarkanlah kata-kata dariku,
Kau masih muda,
Masih remaja,
Belajar menjadi dewasa,

Akan ku bimbingmu,
Seperti mana ayahku membimbingku,
Mengajar aku, berdiri dan berlari,
Sabar menempuhi dugaan, Tenang menghadapi perjalanan kehidupan,

Rangkap Anak
Tetapi bagaimana, harus ku hadapi dunia,
Mampukah aku, menempuh perjuangan,
Liku-liku perjalanan, kadangkala mengelirukan,
Aku perlu bimbingan mu,


Rangkap Ayah
Lihat dirku,
Aku juga pernah seperti mu,
Kehidupan remaja, penuh pancaroba,
Memerhati dan memahami,
Menghormati dan menyayangi insani,


Rangkap Anak
Bimbinglah daku, menempuh ranjau dan duri,
Memilih jalan yang lurus, jalan yang penuh kebenaran,
Cabaran hidup ini, kadangkala membuat aku alpa,
Jangan biarkan, aku hanyut sendiri,



Nasihat Ayahku - remix



Ayah dan Bonda


Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Corus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

Wednesday, January 14, 2009

Inspirasi dan Kecekalan...

This video show it all.............................
Video ini menceritakan segalanya........








The World at His Feet: Mark Goffeney
Born without arms, Goffeney has been a performer as long as he can remember. Some of his earliest performances were between ages eight and thirteen, when he helped host Easter Seals and March of Dimes telethons. “I was their poster child,” he laughs. “So I think I got over the fear of performing. Well, actually, I never really got the fear of it.” He always knew he wanted to be a musician, but playing trombone in the school band didn’t satisfy his desire to rock. So a friend gave Goffeney a guitar demonstration, and he just imitated what he saw his friend do—only he imitated with his feet.

Saturday, December 13, 2008

Ceria....




HINDARILAH RASA KEBOSANAN


Suatu perkara yang pasti akan merubah sikap dan pendirian seseorang pelajar ataupun seorang pekerja ialah dengan berpura-pura. Bukan berpura-pura sakit tetapi berlakon seolah-olah mereka berada di dalam keadaan tenang, ceria dan gembira dengan kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka. Dengan berlatar belakangkan suasana bersifat kepekaan, keseriusan dan kemuraman sewaktu belajar atau bekerja lantas ianya akan merubah suasana keadaan ditempat tersebut menjadi lebih elok, ceria dan baik serta ianya akan tetap menarik dan menjadi lebih efektif.

Kita boleh bersiul dengan senyap,menari dan menyanyi-nyanyikecil, membuat senaman-senaman ringan jika tahu dan bermacam-macam lagi. Dengan melakukan cara-cara seperti itu, ianya ternyata mampu memberikan sepenuh penumpuan, konsentrasi serta dapat menjana hati nurani dan membina semangat jati diri yang tinggi dan terpuji.

Senantiasalah membiasakan diri kita agar selalu mewujudkan suasana keceriaan disekeliling kita. Jika kita terus-terusan berada di dalam keadaan emosi seperti ini,ianya mungkin akan menjadi ikutan kepada orang yang berada disekeliling kita. Cubalah anda praktikkannya semoga berjaya.

Monday, December 8, 2008

KERINDUAN

SAJAK: KERINDUAN




Sungai yang airnya mengalir deras
Ku lihat lirikan senyuman di wajahmu
Ayu wajahmu
Seindah fajar menyinsing di pagi hari
Tidak kukira kasihku padamu
Jika dihitung berapakah bilangannya tidak akan terkira
Ianya seperti
Batu kerikil di tepian jeram

Kasihku
Tatkala kau berada jauh dari pandangan mataku
Namun kau selalu di hati
Gambar wajahmu senantiasa menjadi penawar dikala sunyi
Percayalah,kasihku tidak pernah luntur
Walau untuk sesaat pun
Satu pintaku
Jujur,percaya dan setialah padaku
Moga cinta kita diberkati tuhan.

Sunday, October 26, 2008

ERTI SEORANG KAWAN

ERTI SEORANG KAWAN

Kawan bermaksud teman.Bermacam jenis kawan boleh di cari. Di antaranya kawan sejati,yang boleh di bawa berbincang,berbicara tentang hati budi diri kita serta dapat membantu di dalam kesulitan contohnya,kesempitan wang. Sebagai seorang kawan ianya tidak harus menunjukkan sifat-sifat negetif dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang baik kepada kawan kita,dan melarang teman kita daripada melakukan benda-benda yang tidak baik serta sentiasa menghulurkan bantuan apabila apabila diperlukan.
Tetapi kepada para pelajar sekolah,lelaki atau perempuan.mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan,untuk bercinta. Mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan untuk bercinta ianya boleh untuk tujuan pembelajaran,seperti untuk mengulang kaji pelajaran(belajar secara berkumpulan).

Sebagai seorang pelajar,masanya akan tiba untuk bercinta. Tetapi sebelum itu mereka haruslah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu,agar mendapat keputusan yang cemerlang dan kelak dapat membanggakan kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang kawan,kita seharusnya memberikan pertolongan seadanya mampu. Ingatlah jangan sesekali kita menghampakan kawan yang memerlukan pertolongan kita .
Seandainya tidak berkemampuan untuk menolong, beritahulah secara jujur serta sebab dan alasan yang munasabah mengapa anda tidak dapat membantu berhubung masalahnya. Dengan itu ianya akan mengerti dan faham dengan penjelasan itu sekaligus dapat membalas kepercayaan dan menganggap ianya tidak silap memilih kita sebagai teman atau kawan baiknya. Ibarat tajuk lagu “Teman Tapi Mesra”. Ianya sekaligus menjadikan kita sebagai sahabat sejatinya.

Ketahuilah kita hidup di dunia ini,mudah untuk kita mencari kawan ketawa, tetapi semasa kita dalam kesusahan,cukup susah untuk mencari kawan menangis. Janganlah kita jadi seperti itu. Dan ingatlah tanpa kawan, hidup ini tidak akan bermakna apa-apa kepada seorang manusia.