Sunday, October 26, 2008

ERTI SEORANG KAWAN

ERTI SEORANG KAWAN

Kawan bermaksud teman.Bermacam jenis kawan boleh di cari. Di antaranya kawan sejati,yang boleh di bawa berbincang,berbicara tentang hati budi diri kita serta dapat membantu di dalam kesulitan contohnya,kesempitan wang. Sebagai seorang kawan ianya tidak harus menunjukkan sifat-sifat negetif dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang baik kepada kawan kita,dan melarang teman kita daripada melakukan benda-benda yang tidak baik serta sentiasa menghulurkan bantuan apabila apabila diperlukan.
Tetapi kepada para pelajar sekolah,lelaki atau perempuan.mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan,untuk bercinta. Mereka tidak boleh mengambil kesempatan berkawan untuk bercinta ianya boleh untuk tujuan pembelajaran,seperti untuk mengulang kaji pelajaran(belajar secara berkumpulan).

Sebagai seorang pelajar,masanya akan tiba untuk bercinta. Tetapi sebelum itu mereka haruslah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu,agar mendapat keputusan yang cemerlang dan kelak dapat membanggakan kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang kawan,kita seharusnya memberikan pertolongan seadanya mampu. Ingatlah jangan sesekali kita menghampakan kawan yang memerlukan pertolongan kita .
Seandainya tidak berkemampuan untuk menolong, beritahulah secara jujur serta sebab dan alasan yang munasabah mengapa anda tidak dapat membantu berhubung masalahnya. Dengan itu ianya akan mengerti dan faham dengan penjelasan itu sekaligus dapat membalas kepercayaan dan menganggap ianya tidak silap memilih kita sebagai teman atau kawan baiknya. Ibarat tajuk lagu “Teman Tapi Mesra”. Ianya sekaligus menjadikan kita sebagai sahabat sejatinya.

Ketahuilah kita hidup di dunia ini,mudah untuk kita mencari kawan ketawa, tetapi semasa kita dalam kesusahan,cukup susah untuk mencari kawan menangis. Janganlah kita jadi seperti itu. Dan ingatlah tanpa kawan, hidup ini tidak akan bermakna apa-apa kepada seorang manusia.

11 comments:

erisya nor said...

Betul tu Aliff, kawan ketawa mudah dicari tapi kawan menangis...

Bagi erisya , kawan boleh dikelaskan kepada sahabat, teman, kawan dan kenalan. Tak semua kawan layak digelar sahabat. Ada orang hanya boleh dijadikan kenalan ajer..

Semoga aliff dikurniakan ramai sahabat yang sanggup berada di sisi Aliff di saat kesedihan.

Letting the time pass me by said...

boo-lah
Thanks for the prayer... semoga anda juga beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.. Amin

erisya
Ya.. kawan menangis memang sukar dicari.. Semoga allah mengurniakan kita sahabat-sahabat yang boleh memberi manfaat persahabatan.. Amin...

Mak Su said...

maksu berharap pelajar2 nampak "perkara" ini sejelas2nya

Letting the time pass me by said...

mak su
Thanks for the support...

azza_irah said...

jika org menilai kita..kawan disisi yg akan dipandang...elok budi pekerti kawan itu..eloklah pandangan orang pd kita..

salam singgah dr sedetikhati..

Anonymous said...

tanpa teman...idup fara sepi dan kosong..

Anonymous said...

Salam bro,

saya terjumpa info di internet, iaitu Islamonline.net yang dikendalikan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Saya perturunkan disini.

Allaah knows best.

Anonymous said...

Ya Allah, anugerahilah kami dengan hati yang mencintai teman-teman kami hanya karena mengharap keridhaan-Mu.

Unknown said...

Syukur aku punya teman yang mampu menangis bersama...

MiSS MiMieY said...

saya penah mempunyai teman yg rapat malangnya, saya disalah ertikan... saya sedih...

Letting the time pass me by said...

azza irah
Betul tu.. lebih baik pandang hati dan budi daripada pandang harta dan rupa...

dakchomey
Kena cari teman yang serasi dengan kita, baru boleh ngam...

Anon
Thanks for the infor..

aeman
Thanks for the reminder bro.. greatly appreciated...

Pendekar
Alhamdullillah..

Miss Mimiey
Hmm.. kekadang tu yang susah tu.. selalu disalah tafsir...