Tuesday, April 8, 2008

DUHAI ANAK


DUHAI ANAK

Anak adalah anugerah tuhan yang sangat berharga kepada manusia.Ianya sangat ketara kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga.

Kepada pasangan yang baru berkahwin sangat menginginkan cahaya mata.Tanpa anak kebahagiaan rumah tangga yang dibina tidak akan berseri dan ceria.Ini kerana,anak adalah penyeri kepada sesebuah bahtera rumah tangga yang telah dibina.Justeru itu setiap pasangan haruslah memperbanyakkan berdoa disamping berusaha,sabar dan yakin dalam menempuh dugaan dan cabaran ini.Pasti suatu ketika tuhan,pasti akan menunaikan dan menganugerahkan anak kepada mereka yang sabar,berusaha dan yakin bahawa suatu hari nanti ia akan memperolehi cahaya mata.

Apabila sesebuah pasangan itu telah dikurniakan anak mereka haruslah bersyukur dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang lebih kepada anak mereka. Seperti memberikan pelajaran yang baik,seperti berbentuk akademik dan tidak ketinggalan juga pengetahuan agama yang baik agar mereka tidak terpesong dari batas-batas agama dan dapat menjadi insan yang baik berakhlak mulia serta berguna kepada negara,bangsa dan agama serta disenangi perbagai golongan masyarakat apabila dewasa kelak.

Bagi seorang anak haruslah bersyukur kerana telah dilahirkan ke dunia yang fana ini.Serta dapat mengejar cita-cita dan dapat mengecapi kejayaan yang diimpikan selama ini.Oleh yang demikian setiap anak seharusnya mendengar serta mentaati kedua ibu bapa, agar hidup bahagia dan memperolehi ganjaran yang besar dan kelak ianya akan di masukkan ke dalam syurga.

Dan jangan sesekali anak itu menderhakai mereka kerana ianya adalah satu dosa besar dan sesiapa melakukannya,kelak ianya akan di masukkan ke dalam api neraka jahanam,dan itu adalah tempat yang sebaiknya bagi sesiapa yang melakukannya.

Jesteru apabila tiba masanya nanti untuk kita membalas jasa kedua ibu bapa kita,jaga dan peliharalah mereka dengan sebaik mungkin,sepertimana mereka menjaga kita. Serta berilah kasih sayang yang lebih kepada mereka seperti mereka berikan kepada kita suatu ketika dahulu,iaitu seperti menatang minyak yang penuh.Dan ingatlah tannpa mereka siapalah kita.Pepatah Melayu ada menyebut “Ibu bapa boleh menyara dan membela 10 orang anak,tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa”.


Janganlah kita tergolong di dalam kumpulan seperti itu. Ingatlah syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.

9 comments:

Snowflake said...

Assallamualaikum
Terusik saya membaca catatan anda. Walaubagainmanapun, seperti saya dan seperti anda, saya yakin tidak ada seorang manusia pun yang akan melupai jasa seorang ibu. Saya turut membaca perihal aliff yang tercatit dan khas buat Aliff:

Allah mendengar segala permintaan para hamba-Nya yang daif sama ada dalam bentuk doa yang dipanjatkan kepada-Nya, rintihan kalbu, keluhan, kesalan, kesyukuran, kehibaan, kemarahan, kegembiraan dan segala-galanya yang dilakukan oleh manusia dan makhluk lain ciptaan-Nya.
Dalam sebuah hadith kudis, Allah Taala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya langit dan bumi tidak berdaya menjangkau-Ku namun Aku telah dijangkau oleh hati seseorang Mukmin."
(Rwyt Ahmad drp Wahab bin Munabbih)
Wassallam

Anonymous said...

Syabas Aliff...

Jangan lemah semangat... teruskan usaha anda

Amin Ahmad said...

bangga mengenali seorang anak malaysia setabah anda..

joharihamzah said...

Aliff..

Artikel-artikel setakat yang saya baca, banyak juga yang menyentuh hati, tapi yang ini PERGGHH...syahdu sioot!!

Memang seorang anak perlu membalas jasa orang tuanya, namun saya secara peribadi, setelah melihat keadaan diri sendiri, masih tidak mampu memberikan nikmat harta kepada mereka. Walau telah ber'koyan' harta mereka lebur demi menjadikan saya manusia.

Saya hanya mampu doakan mereka setiap kali bersolat dan setiap masa berhubung serta berlaku ehsan pada mereka.

Saya sedar, mereka bangga dengan saya, dan saya juga bangga dengan mereka.

TQ...

Denanz ... said...

terima kasih sdr alif lawat blog saya. kalau ada masa bacalah majalah dewan budaya. ada peluang untuk sdr berkarya.

Denanz ... said...

teriama kasih sdr aliff lawat blog saya. kalau ada masa bacalah majalah dewan budaya. ada ruang utk sdr berkarya.

dYnA said...

sWeEt oNe...

Sutera Timur said...

Andai kita tak mampu membalas jasa ibu/bapa dgn harta cukuplah sekadar menyayangi,membantu kiranya ia tidak ada kemampuan lagi dan doa apabila mereka telah tiada.Semuga Allah memberkati anak-anak yang menghormati kedua orang tuanya.Terima kasih kerana melawati blog saya.Semuga saudara sihat untuk terus mencurahkan ide untuk tatapan blogger semua. Wassallam......

Kama At-Tarawis said...

Salaam, Aliff

Terkedu saya baca tulisan Aliff. Disebalik kegetiran yang menimpa, sudah tentu ada hikmahnya. Hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui. Teruskan menulis dan saya akan terus membaca.

Wassalam..