Tuesday, April 8, 2008

DUHAI ANAK


DUHAI ANAK

Anak adalah anugerah tuhan yang sangat berharga kepada manusia.Ianya sangat ketara kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga.

Kepada pasangan yang baru berkahwin sangat menginginkan cahaya mata.Tanpa anak kebahagiaan rumah tangga yang dibina tidak akan berseri dan ceria.Ini kerana,anak adalah penyeri kepada sesebuah bahtera rumah tangga yang telah dibina.Justeru itu setiap pasangan haruslah memperbanyakkan berdoa disamping berusaha,sabar dan yakin dalam menempuh dugaan dan cabaran ini.Pasti suatu ketika tuhan,pasti akan menunaikan dan menganugerahkan anak kepada mereka yang sabar,berusaha dan yakin bahawa suatu hari nanti ia akan memperolehi cahaya mata.

Apabila sesebuah pasangan itu telah dikurniakan anak mereka haruslah bersyukur dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang lebih kepada anak mereka. Seperti memberikan pelajaran yang baik,seperti berbentuk akademik dan tidak ketinggalan juga pengetahuan agama yang baik agar mereka tidak terpesong dari batas-batas agama dan dapat menjadi insan yang baik berakhlak mulia serta berguna kepada negara,bangsa dan agama serta disenangi perbagai golongan masyarakat apabila dewasa kelak.

Bagi seorang anak haruslah bersyukur kerana telah dilahirkan ke dunia yang fana ini.Serta dapat mengejar cita-cita dan dapat mengecapi kejayaan yang diimpikan selama ini.Oleh yang demikian setiap anak seharusnya mendengar serta mentaati kedua ibu bapa, agar hidup bahagia dan memperolehi ganjaran yang besar dan kelak ianya akan di masukkan ke dalam syurga.

Dan jangan sesekali anak itu menderhakai mereka kerana ianya adalah satu dosa besar dan sesiapa melakukannya,kelak ianya akan di masukkan ke dalam api neraka jahanam,dan itu adalah tempat yang sebaiknya bagi sesiapa yang melakukannya.

Jesteru apabila tiba masanya nanti untuk kita membalas jasa kedua ibu bapa kita,jaga dan peliharalah mereka dengan sebaik mungkin,sepertimana mereka menjaga kita. Serta berilah kasih sayang yang lebih kepada mereka seperti mereka berikan kepada kita suatu ketika dahulu,iaitu seperti menatang minyak yang penuh.Dan ingatlah tannpa mereka siapalah kita.Pepatah Melayu ada menyebut “Ibu bapa boleh menyara dan membela 10 orang anak,tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa”.


Janganlah kita tergolong di dalam kumpulan seperti itu. Ingatlah syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.