Wednesday, June 4, 2008

NEGARAKU MALAYSIA


Negaraku Malaysia.

Aku hidup dan tinggal di Malaysia
Yang aman damai,dan makmur sejahtera.
Rakyatnya berbilang kaum ,bangsa dan agama.
Malaysia sebuah negara merdeka yang pesat membangun.

Terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan yang terdahulu.
Tanpa mereka,Malaysia mungkin akan dijajah hingga ke hari ini.
Mereka datang ke mari untuk segala mengaut hasil bumi Tanah Melayu padaketika itu.
Ibarat seekor lintah yang melekap di badan mangsanya dan menghisap darah hingga kekenyangan.

Malaysia tercinta ini beruntung kerana tidak berlakunya pergolakan seperti di
negara Palestin,Iraq,monggolia dan beberapa negara lain di dunia ini akibat
peperangan dan kebuluran yag melampau.

Walaupun pada suatu ketika dahulu Malaysia telah di labelkan sebagai negara
dunia ke- 3 tetapi kini tanggapan itu tidak boleh di guna pakai lagi.

Ini kerana Malaysia telah membuktikan,yang ia juga boleh mengecapi kejayaan
sepertimana negara-negara maju yang lain seperti,merekacipta kereta buatan
sendiri serta membina bangunan yang di antaranya tertinggi di dunia dan
sebagainya.

Sesungguhnya Malaysia menunjukkan kebolehan dan kejayaannya di mata
dunia. Serta dapat menunjukkan bahawasanya Melaysia sebuah negara islam
yang kecil,dapat mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat.

Ramai warga asing dari negara jiran dan dari segenap pelosok dunia,berpusupusu
datang ke negara ini untuk melabur.melancong dan bekerja di perbagai
sector yang di sediakan.

Ini membuktikan Malaysia adalah sebuah negara yang makmur dan harmoni.
Semoga Malaysia terus aman makmur dan terus mengecap kejayaan.

12 comments:

Anonymous said...

Minyak sudah naik... kehidupan sudah menjadi semakin membebankan kepada sesetengah rakyat

Anonymous said...

Syabas Aliff.. teruskan menulis..

Saya suka membaca tulisan Aliff

t i u n g said...

ya.. smoga malaysia trus aman dan harmoni..
p e a c e

Mie Amour said...

bgus2....tulisan yg best..

Anonymous said...

Minyak dah makin mahal...

Anonymous said...

cintai Malaysia

RinG said...

sayang sekali ada jgk kaum yang mempermain-mainkan lagu Negaraku. mmg dasar xsayang negara.

Unknown said...

Salam~

Thank you for visiting my blog. Sorry to hear your sad story. Mudah-mudahan banyak bersabar dan dimurah rezeki yang berkat.

Dulu di tempat saya dibesarkan ada seorang kawan yang hanya tua setahun dari saya. Belajar di sekolah asrama penuh, menuntut di luar negeri dan balik menjadi guru.

Berkahwin dan ada sekali tu, isterinya bersalin kembar 3. Nampak agak senang dan berbahagia. Rupanya, bukan semua hari dalam hidup kita panas sampai ke petang. Satu hari, semasa menjaga peperiksaan SPM, kertas peperiksaan tak mencukupi dan memaksa kawan ini membawa motornya untuk mengambil soalan kertas peperiksaan. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba beliau kemalangan. Kereta yang melanggar, hilang lesap tanpa dapat dikesani. Kawan kit ini, terlantar di hospital entah beberapa bulan.

Bukan itu sahaja, bermula dari titik gelap itu, dia menjadi lumpuh bukan sebelah atau separuh badan, tetapi seluruh anggotanya tubuhnya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masya Allah!, dia hanya terlantar di katil sejak dari itu yang sekarang ini sudah lebih 10 tahun. Ke tandas pun sudah tidak mampu bersendirian dan perlu memakai lampin segera. lampin pun ditolong pakai orang. Isteri sudah resigned dan beliau terus menjadi sebegitu sampai hari ini.

Maaf, bukan saya ingin menghina sesiapa. Tetapi, kadang-kadang kita rasa diri kita ini amat malang. Walhasil, ada ramai lagi manusia lain yang jauh tidak bernasib baik dibandingkan dari kita sendiri dan kadang-kadang, kalau kita tidak melihat orang yang di bawah, barangkali kita tidak pernah bersabar dan bersyukur terhadap diri kita sendiri.

Harap tulisan saya ini tidak menyinggung perasaan orang lain.

Wssalam

empangan-jernih.blogspot.com

Hartini Omar said...

tuan aliff,
sekadar membalas kunjungan..
-membaca tulisan tuan (dan kisah kehidupan) membuatkan sy bersyukur dgn kehidupan sy yg serba sederhana

kerana kita sebenarnya perlu sedar, ada sebenarnya manusia yg lebih kurang upayanya dari kita, namun masih mampu berjaya

sy tumpang berbangga..
teruskan menulis, semoga dipermudahkan segala urusan tuan

hans said...

mungkin dulu negara kita aman,makmur dan maju...
tapi skrg bagi saya tidak...
apa2 tindakan kerajaan seperti membawa kita kembali kemasa lampau..
itu pendapat dan pandangan...
mungkin pandangan saudara pula lain..
saya menghargai komen saudara di blog saya...
dan saya juga cukup terharu membaca kisah saudara...
apa2pun moga saudara rajin menulis dan menyumbang buah fikiran di blog saudara...

p/s: saya menulis berkenaan harga makanan mahal itu bukanlah lebih kepada diri saya...cuma saya mahu orang fikirkan nasib orang yang lebih susah dari saya....itu sahaja...dan ini memerlukan kebijaksaan dari pemerintah negara tercinta kita...jika sekejap cakap lain,sekejap cakap lain memang semua orang akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan..

bak kata seseorang,"LU FIKIR SENDIRILAH"

Mak Su said...

semoga Malaysia terus menyinar

Rye said...

heit...

thanks sbb singgah di 'cerita pelangi dan hitam putih'

:)