Sunday, July 20, 2008

MAAFKAN DAKU



SAJAK

MAAFKAN DAKU

Bondaku

Kumohon ampun dan maaf darimu
Aku bukanlah anak soleh seperti yang kau idamkan
Segala kata-kata dan nasihatmu kuengkari
Semuanya tidak masuk ke dalam otak dan mindaku

Bondaku
Kini aku mulai mengerti segala nasihat dan kata-katamu
Supaya aku belajar dengan rajin
Segala nasihatmu kepadaku masih tersimpan di hati dan mindaku
Aku berazam dan yakin suatu masa nanti aku akan berjaya
Serta dapat menjadi tempat untuk bergantung kepada mereka suatu
hari nanti
Percayalah

Akan tetapi mampukah aku…
Ya Allah aku berdoa kepadamu
Jadikanlah aku anak yang soleh seperti bondaku harap-harapkan
Alhamdulillah sekarang aku mampu menjadi seperti yang bondaku
harapkan

Namun segala pengorbananmu terhadapku…
tidak dapat kubalas
sampai bila-bila
Aku bangga melihatmu
Aku bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
Berkat doa bonda dan ayahku

Kini aku dapat melanjutkan pelajaranku hingga ke menara gading
Terima kasihku kuucapkan kepada mereka
Bonda serta ayahkanda
kaulah perwira hatiku.

7 comments:

Anonymous said...

Dear Aliff,...

Tersentuh benar abang membaca sajak/coretan Aliff nie. For a beginning, abang rasa tak keterlaluan kalau abang tegah Aliff supaya apologize for the conditions you were born of. Ini semua Dia yang tentukan. Lagipun, ada hikmah di sebalik segala sesuatu kejadian yang Dia aturkan tu. Walaupun abang berlainan agama dengan Aliff, tapi abang jugak percaya pada konsep tu. Qada' and qadar, as some may view it. :)

Abang tumpang happy, bila merasakan niat suci dihati Aliff untuk memuliakan orang tua Aliff. Untuk itu, abang doakan agar Aliff sentiasa dibimbing dan diberkati oleh Dia, dan semoga penghiburan hati yang diberikan olehNya kepada Aliff tidak akan pernah putus-putus.

Well, nak bukak rahsia sikit. Abang adalah salah seorang gitaris yang bertanggungjawab dalam merakamkan lagu yang Aliff dah embed-kan di blog Aliff ini. So, atas kesempatan ini, abang ingin tujukan lagu itu kepada insan istimewa didalam hati Aliff ,- ibu Aliff. Say 'hi' to her for abang, okay. :)

Keep on fighting dik,... Keep on fighting. :)

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks

amer zaman said...

terima kasih.
kerna salingingat meningatkan.

Admin said...

Salamualaikum wbt Alif..

Alif yang berbakat...teruskan menulis.

Mudahan Allah SWT permudahkan imnpian Alif untuk menjadi seorang penulis

me3n said...

ehehe. tersentuh ku membacenye. sedap sajak nih. hang buat sendiri ka? salam kenal ;)

Unknown said...

Maafkan daku jua
Kerana melukai hati ibu
kerana melukai hati ayah
kerana melukai hati keluarga
kerana melukai hati guru

maafkan daku jua
kerana menumpang nama
kerana belum tahu erti merdeka
kerana bersengketa sesama melayu
kerana tak tahu berpoliti
kerana jahil dalam ilmu

Letting the time pass me by said...

Hi`anon
T.Q so much.......