Saturday, December 13, 2008

Ceria....




HINDARILAH RASA KEBOSANAN


Suatu perkara yang pasti akan merubah sikap dan pendirian seseorang pelajar ataupun seorang pekerja ialah dengan berpura-pura. Bukan berpura-pura sakit tetapi berlakon seolah-olah mereka berada di dalam keadaan tenang, ceria dan gembira dengan kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka. Dengan berlatar belakangkan suasana bersifat kepekaan, keseriusan dan kemuraman sewaktu belajar atau bekerja lantas ianya akan merubah suasana keadaan ditempat tersebut menjadi lebih elok, ceria dan baik serta ianya akan tetap menarik dan menjadi lebih efektif.

Kita boleh bersiul dengan senyap,menari dan menyanyi-nyanyikecil, membuat senaman-senaman ringan jika tahu dan bermacam-macam lagi. Dengan melakukan cara-cara seperti itu, ianya ternyata mampu memberikan sepenuh penumpuan, konsentrasi serta dapat menjana hati nurani dan membina semangat jati diri yang tinggi dan terpuji.

Senantiasalah membiasakan diri kita agar selalu mewujudkan suasana keceriaan disekeliling kita. Jika kita terus-terusan berada di dalam keadaan emosi seperti ini,ianya mungkin akan menjadi ikutan kepada orang yang berada disekeliling kita. Cubalah anda praktikkannya semoga berjaya.

6 comments:

anntaj said...

salam..
TQ dtg blog saya...
Haaa...sungguh ceria video ni...:)

Anonymous said...

x susah nk bina suasana ceria tp kdg2 kite yg x mahu diri kite dlm suasana itu kan..

Mak Su said...

stujus, besenam, boleh merubah mood kepd lebih ceria :)

Letting the time pass me by said...

anntaj
Thanks for dropping by... hidup mesti ceria betul tak?

dakchomey
Betul tu .. kita yg tak mahu memberi peluang kepada keceriaan..

Mak Su
Thanks mak Su.. nie kena bersenam nie...

Denanz ... said...

bila ceria, apa2 yang dilakukan akan menjadi senang dan semangat hendak bekerja semakin bertambah.

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

salam...

jemput datang & link ke blog saya
www.myadha.com

ADHA