Wednesday, August 20, 2008

Pantun

PANTUN

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Buah pisang di bawa belayar,
Masak setandan di atas peti,
Hutang orang boleh dibayar,
Di bayar dengan duit sendiri.

Sungguh sedap buah ceri,
Dijamu bersama dengan keluarga,
Bantuan diterima jangan dilupai,
Barulah hidup aman sentosa.

Hati kepingin buah nangka,
Dibeli dari tepian jalan,
Berbilang kaum hidup bersama,
Amalan mulia jadikanlah amalan.

9 comments:

cikgooden said...

sedap pantun hang....selamat berjuang! sokongan rakan2 blogga menyusuri dalam doa-doa aliff...
(baru berkesempatan menziarahi blog aliff)

Anonymous said...

Aliff,

Terima kasih kerana telah sudi tinggalkan komen di blog saya tadi. Saya telah lihat biodata Aliff; dan saya sedar tentang masalah yang sudara hadapi.

Saya tak tahu apa yang nak cakap di sini, sebab hanya saudara sahaja "sebagai tuan punya tubuh" yang betul-betul tahu dan faham.

Walau bagaimanapun, saya amat setuju dengan pegangan saudara tentang kedua ibu-bapa kita. Ini adalah salah satu dari kekesalan saya - kegagalan saya untuk menyanjung kedua ibu-bapa.

Dan Tuhan telah memberi sedikit balasan terhadap saya di dunia ini...

Raina said...

salam Ramadhan Aliff

lama tak ziarah blog kak minah

kak minah ucapkan selamat berpuasa.

semoga ibadah diredhai dan diampunkan segala dosa.

semoga aliff seihat dan gembira sentiasa.

salam ceria

Anonymous said...

teringat pantun Tun Mahathir di UTP's convo pada bulan lepas...

"Pulau 'sudah lupa' jauh ke tengah... Budi yang baik di kenang jua"

Yang lain... semua Tun dah lupa... :) dia ingat 2 rangkap tu je... nama pulau pun dah lupa jugak...

President (wiir2000) said...

thanks for visiting my blog..
=D

kesian kamu. tp xpa... rezeki kamu mst ada...don't worry

Ajeem said...

sungguh memilukan nasib saudara.saya tidak boleh berbuat apa-apa tetapi Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYA.walaupun saudar tidak mempunyai pendidikan tinggi namun kerajinan membaca saudara sangat berguna dan menghasilkan idea yang mujarab.semoga maju jaya.

Ernut said...

nice poem!

Ki Kiey said...

wah pandai buat pantun ya skng:]

Hartini Omar said...

..adakalanya kata2 anda lebih sempurna berbanding jiwa2 yg kaku tp bernyawa..

salam syawal ;)