Monday, October 13, 2008

Lagu Untuk Ayah dan Ibu


Sebuah lagu daripada the Cyber Jammers, Ayah dan Bonda, mengingatkan kita tentang jasa Ayah dan Bonda.....


Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Chorus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

22 comments:

Anonymous said...

Lagu yang amat mengesankan.. thanks for sharing....

Ajeem said...

sedih dan pilu.ia membuat aku yang kejauhan amat merindui keluarga tersayang.terima kasih coretan murni ini.

yoshz said...

syahdu..T_T'

Ki Kiey said...

wah,sedih.
teringat mak kt kmpg~

erisya nor said...

sedih lagu ni. adakala keinsafan hanya bertandang di saat kesedihan. Take care!

sakurasa 2 said...

syahdu terkenang ayahbonda tercinta

Denanz ... said...

memang besar pengorbanan dan jasa ayah dan ibu. lagu ini mengimbau kenangan bersama-sama arwah ayah saya.

*entri baru saya pun tentang kisah ayah dan anak*

Mie Amour said...

bgusnya..mngingatkan kite ni yg slalu trlupa jasa2 mak ayah...manusia selalu lupa...thanx 4 sharing..

Yana Ismail said...

memang terharu...;(

Letting the time pass me by said...

mat bunga
sama-sama...

ajeem
glad you like it...

boo-lah
Hmm.. patutnya Sudirman dapat Datuk.. nie, Shah Rukh Khan pulak yang dapat Datuk....

yoshz
kena sediakan tisu banyak-banyak...

kikiey
memang lagu nie mesejnya nak mengingati orang tua kita...

erisya
take care 2u2

sakurasa
kenangan bersama orang tua memang menyahdukan...

denanz
cerita tu memang anta cerita klasik father and son.. macam jugak cerita burng murai...

mie_amour
kecil tapak tangan, court badminton kami tadahkan...

princess liyana
thank you.....

Mak Su said...

membaca pun sudah cukup rasa terharu, eh... tapi ada audionya ker? saya tak jumpa pun?

alif-mikail said...

Segalanya untuk ayah dan ibu..

alif-mikail said...

yoshz..
aok pun tahu sedih.. hohohoho

Anonymous said...

suke tgk iklan ni..ade makne..slalu kite asyik ingat ibu saje..

Letting the time pass me by said...

mak su
Mak Su tak dengar audio ke? kena dengar tu kumpulan muzik indie...

alif-mikail
Kebetulan pula nama awak sama dengan tajuk blog nie... Bloggers juga manusia .. punya rasa punya hati..

dackchomey
Ibu dan bapa, keduanya memang banyak berjasa, tetapi ramai yang lebih rapat dengan ibu, maybe itu lumrah alam ....

farah, s. said...

salam perkenalan aliff =)

ur name reminds me of my tunang..hehehe...

by the way, nice blog =)

Mohd Ariff Yaakub said...

salam perkenalan gak..
maxx pun ingat aliff farah td.. hehe

thanks 4 sharing..

"first time dgr lagu ni..
cukup menyentuh hati..
mata berkaca..
mengalir bagai cairan salji..
tak tertahan lagi.. "

Letting the time pass me by said...

farah
Mesti tunang you nama Aliff ye dak...

mohd ariff
A case of mistaken identity la nie.. thanks for dropping by...

erisya nor said...

salaams aliff,

lama tak antar n3 baru. Sihat?

Letting the time pass me by said...

erisya
Thanks for the "bertanya khabar"..

Anonymous said...

Assalammulaikum,
semasa browse internet...terjumpa your blog. Actually saya tengah cari lagu yang sesuai untuk sebagai background untuk Drama saya yang bertajuk "A" untuk abah. Cerita tentang tekanan seorang anak dalam memenuhi kehendak ayahnya yang mahukan anaknya mendapat straight A's untuk PMR nya. Shooting telahpun selesai an kini dalam proses suntingan. Any suggestion?

Letting the time pass me by said...

anon
Kena tahu tema filem tu baru tahu nak bagi lagu... Citer sedih ke, gembira ke, ....